Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-mgVdSL.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-mgVdSL.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

‘PICK ikut bekalan vaksin diterima’ – Khairy

[email protected]

PUTRAJAYA: Pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan berdasarkan bekalan vaksin yang diterima daripada syarikat pengeluar.

Sehubungan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menegaskan dakwaan kononnya kerajaan enggan segera memberikan pelalian kepada rakyat di negara ini tidak berbangkit.

“Saya ingin nyatakan bukan kadar vaksinasi yang rendah, cuma bekalan vaksin, penghantaran yang mengikut jadual.

“Ada tanggapan di luar sana, selepas kejayaan tempahan AstraZeneca, kalau diberi peluang, semua hendak diberi awal.

“Saya faham. Bukan soal kita tidak mahu beri vaksinasi cepat tapi isunya adalah bekalan,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, setakat hari ini, Malaysia sudah menerima 1,938,660 dos daripada Pfizer-BioNTech, Sinovac, dan AstraZeneca manakala mereka yang sudah disuntik adalah seramai 1,453,382.

Beliau berkata, ia menunjukkan kadar penggunaan ialah 75 peratus manakala 25 peratus lagi disimpan untuk janji temu yang disusun berdasarkan jadual penghantaran vaksin.

“Bagi meningkatkan kadar pemberian vaksin, kita akan mendorong pengambilannya sehingga 80 peratus selepas Aidilfitri.

“Kalau kadar penggunaannya 10 peratus, adil untuk mengatakan ia sangat lambat.

“Bagaimanapun, kadar penggunaannya pada 75 peratus dan kita akan mendorongnya sehingga 80 peratus selepas hari raya kerana ketika ini berlaku kekangan disebabkan kes COVID-19 meningkat, kekangan tenaga kerja dan sebagainya.

“Sebagai contoh pusat pemberian vaksin (PPV) untuk AstraZeneca. Kita sudah membawa masuk klinik swasta untuk mengendalikan PPV AstraZeneca menerusi Protect Health, iaitu anak syarikat Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.