Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

PIDM ambil berat kes penipuan kewangan

bhforum@bh.com.my

PADA 1 April lalu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional memaklumkan kepada pengguna mengenai peningkatan mendadak aduan berkaitan penipuan kewangan dan menasihatkan mereka supaya berhati-hati serta berjaga-jaga.

Sebagai badan berkanun menyediakan perlindungan untuk konsumer kewangan, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) amat mengambil berat mengenai hal ini.

PIDM ingin memaklumkan PIDM hanya melindungi deposit disimpan dengan bank dan/atau institusi kewangan yang menjadi ahli PIDM sahaja. Ini menurut mandat diberikan kepada PIDM di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005.

Pendeposit boleh menyemak senarai institusi ahli PIDM di laman web di alamat https://www.pidm.gov.my/bm/for-public/deposit-insurance-system-dis/member-banks/ (untuk senarai bank-bank ahli).

Begitu juga di laman web di alamat https://www.pidm.gov.bm/bm/for-public/takaful-and-insurance-benefits-protection-system/insurer-members/ (untuk senarai ahli penginsurans)

PIDM juga ingin menekankan PIDM tidak melindungi simpanan berbentuk pelaburan dan berbentuk digital pada masa ini, umpamanya, e-dompet, tokenisasi serta matawang kripto.

Hasil pemantauan PIDM juga mendapati ada syarikat pelaburan menyalahgunakan logo PIDM sebagai umpan, sekali gus memberikan tanggapan salah bahawa ‘pelaburan’ mereka dilindungi PIDM.

Pendeposit digalakkan untuk menyemak senarai ‘pelaburan’ menyalahgunakan logo PIDM di laman web di alamat https://www.pidm.gov.my/en/awareness-initiatives/financial-consumer-alert/financial-consumer-alert-2-1/.

Sebagai langkah mengurangkan risiko penyalahgunaan, pelekat dan logo PIDM dalam bentuk fizikal hanya diberikan kepada institusi ahli PIDM sahaja serta harus dipaparkan di pintu hadapan cawangan atau pejabat institusi ahli PIDM.

Dalam apa jua hal membabitkan wang, terutama dalam jumlah banyak, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak berkongsi maklumat ini dengan orang lain seperti di media sosial.

Tanpa disedari, anda mungkin sudah menjadi sasaran penipu kewangan yang mengetahui maklumat mengenai simpanan dan/atau pelaburan anda.

Orang ramai dinasihatkan lebih teliti dan sentiasa was-was sebelum membuat komitmen ‘pelaburan’. Jangan buat pelaburan dan tangguh komitmen hingga mendapat kepastian.

Beberapa langkah waspada harus diingati. Pertama, tiada bank, syarikat takaful dan insurans yang akan menuntut anda untuk membuat pembayaran untuk perlindungan PIDM apatah lagi melalui pemindahan dalam talian.

Kedua, mereka juga tidak akan meminta anda memberikan butiran peribadi anda di tempat kejadian, seperti butiran akaun bank, nombor kad kredit/debit, nombor kad pengenalan, nombor keselamatan sosial atau kata laluan.

Ketiga, sentiasa hubungi sumber yang sepatutnya dengan menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang anda tahu adalah sah, seperti daripada laman web mereka atau penyata bank.

Keempat, sebelum membuat sebarang pembayaran dalam talian, sila semak nombor akaun bank atau nombor telefon melalui aplikasi Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti sama ada pemegang akaun adalah penipu. Pengguna boleh log masuk ke laman web di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Sentiasa rasa curiga apabila seseorang menghubungi anda tanpa diduga dalam talian dan meminta maklumat peribadi. Tidak kira betapa sahnya e-mel atau laman web mungkin kelihatan, anda seharusnya hanya buka e-mel, balas mesej teks, mel suara atau pemanggil daripada orang atau organisasi yang anda kenali.

PIDM tidak melindungi duit dikebas melalui skim penipuan kewangan. Biar berjaga sekarang daripada menyesal kemudian.

Penulis adalah Pengurus Besar, Komunikasi dan Perhubungan Awam, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version