Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-ubPXjW.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-ubPXjW.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Pilihan raya Syria dijangka memihak Parti Assad

DAMSYIK: Pusat pengundian di seluruh Syria yang hari ini dibuka untuk pilihan raya mencetuskan kebimbangan sebilangan pihak bahawa ia akan berpihak kepada Bashar al-Assad.

Ia sekali gus memperluaskan kuasanya untuk penggal keempat, di negara yang dilanda perang, selain terperangkap dalam krisis ekonomi.

Pungutan undi yang mengundang kontroversi sejak pilihan raya kedua ketika bermulanya konflik selama sedekad, dikatakan sudah meragut lebih 388,000 nyawa serta melenyapkan separuh populasi penduduk sebelum perang.

Banyak poster pilihan raya yang mengagungkan Assad diedarkan meluas di dua pertiga negara yang di bawah pemerintahannya itu.

Dengan pesaing luar negara dihalang dan tiada pungutan undi di wilayah yang berada di luar pentadbirannya, Assad hanya berdepan dua pencabar yang hampir tidak diketahui.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan pengundian bermula seperti dirancang, iaitu jam 7 pagi waktu tempatan dengan stesen televisyen negeri menyiarkan visual barisan panjang di sesetengah bahagian negara itu.

Warga Syria melaksanakan tanggungjawab mereka di lebih 12,000 pusat pengundian dan keputusannya dijangka diumumkan pada petang Jumaat ini, selepas 48 jam tempoh mengundi ditutup.

Lebih 80 peratus populasi penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, dan nilai mata wang pound Syria jatuh nilai berbanding dolar, dengan kadar inflasi melambung tinggi.

Slogan kempen Assad, ‘Harapan menerusi pekerjaan’, membangkitkan harapan membangunkan semula negara yang memerlukan dana berbilion-bilion dolar nilainya.

Assad, seorang pakar oftalmologi berusia 55 tahun berdasarkan latihan, pertama kali dipilih secara referendum pada 2000 selepas kematian ayahnya Hafez, yang memerintah Syria selama 30 tahun.

Beliau berdepan bekas menteri, Abdallah Salloum Abdallah dan Mahmoud Merhi, ahli yang disebut ‘pembangkang yang bertoleransi’, yang lama digambarkan oleh pemimpin pembangkang yang diasingkan sebagai lanjutan rejim.

Assad juga mengelakkan daripada mengadakan sidang media dan temu bual mengenai kempen pilihan raya, tetapi memberikan pengampunan kepada ribuan banduan pada awal bulan ini.

Minggu lalu, ribuan pelarian Syria dan ekspatriat membuat undian awal di kedutaan negara mereka berada, namun rakyat yang melarikan diri secara haram tidak dibenarkan mengundi berikutan tiada cop pasport keluar.

Beberapa negara yang menentang Assad menyekat undian sama sekali, termasuk Turki dan Jerman, yang menjadi tuan rumah terbesar penduduk pelarian Syria.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) semalam berkata, pilihan raya itu tidak bebas atau adil, sementara pembangkang mengatakan pemilihan itu sebagai ‘lelucon’ atau lawak jenaka.

Ini adalah pilihan raya pertama Syria dalam hampir 50 tahun, dengan Assad dan ayahnya Hafez memperbaharui mandat mereka dalam referendum secara berturut-turut.

Ia berlaku ketika perang meletus, dengan angkatan udara mengebom kawasan pemberontak di Aleppo dan pertempuran sengit di Hama, Damsyik, Idlib dan Daraa. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.