Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-RqrG3y.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-RqrG3y.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Pilu lihat anak hilang kaki, tapi hidup perlu diteruskan, kata ibu pejuang kanser

Keadaan Clive yang kaki kanannya terpaksa dipotong kini semakin baik dan mula bersemangat semula untuk mengharungi kehidupan.

KOTA KINABALU: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah yang diharungi Flora Mail apabila anaknya Clive Adner Jaspor, 8, kehilangan kaki kanannya akibat kanser tulang pada bahagian lutut, baru-baru ini.

Wanita berusia 42 tahun yang juga juru X-ray di Hospital Duchess Of Kent di Sandakan itu mengakui amat sedih apabila doktor mengesahkan anaknya mengalami penyakit ‘Osteosarcoma Right Knee’ itu pada November lalu.

“Pada mulanya, Clive mengadu sakit pada kakinya dan kami membawanya ke hospital kerana menganggap ketika itu mungkin dia cedera akibat terjatuh.

“Clive kemudian menjalani X-ray dan doktor mendapati tulangnya (lutut) mereput lalu turut melakukan beberapa siri rawatan. Ini termasuk ‘ultrasound’, CT-scan, MRI, biopsy FNAC serta (memasang) kimoport dan seterusnya mula menjalani rawatan kemoterapi pada Disember tahun lalu,” katanya kepada FMT.

Flora berkata, pada Februari lalu, doktor memberitahu Clive perlu menjalani pembedahan untuk membuang kanser pada lututnya dengan risiko akan kehilangan kaki.

Katanya, dia dan suami sangat sukar membuat keputusan ketika itu kerana ia melibatkan fizikal serta kehidupan Clive.

Flora bersama Clive sebelum pembedahan pertama pada 12 Mac lalu.

“Bagaimanapun, kami harus melihat ke depan dan tidak mahu keadaan anak kami bertambah teruk jadi kami membuat keputusan untuk membenarkan Clive menjalani pembedahan walaupun ia satu keputusan yang sukar.

“Sebelum Clive menjalani pembedahan pada 12 Mac, kami tidak henti-henti memberikannya semangat, kami menunjukkan video-video pejuang kanser kanak-kanak.

“Saya juga menunjukkannya video seorang pejuang kanser yang bernama Lester kerana kesnya sama dengan Clive. Malah saya juga telah menghubungi kanak-kanak itu untuk bercakap sendiri dan berkongsi pengalaman dengan anak saya,” katanya.

Clive menjalani pembedahan pertama pada 12 Mac melibatkan anggota lututnya dibuang sebelum bahagian bawah kaki disambung dengan tulang pahanya.

Bagaimanapun, cubaan itu tidak berjaya kerana saluran darah tidak masuk ke bahagian bawah kaki menyebabkan bahagian bawah kaki Clive terpaksa dipotong pada keesokannya, kerana jangkitan telah merebak ke seluruh kaki kanannya.

“Selepas pembedahan itu, ia memang satu kejutan buat Clive kerana dia masih belum boleh percaya yang kakinya telah tiada tetapi lama kelamaan dia mulai menerima hakikat itu.

Flora berterima kasih kepada ahli keluarga dan orang ramai yang tidak putus-putus memberi sokongan serta dorongan kepada mereka.

“Sebagai anak lelaki, Clive memang sangat aktif sebelum dia kehilangan kakinya. Sudah pasti ini memberi kesan yang besar terhadap kehidupannya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga masih kuat untuk mengharungi semua ini. Kami juga sangat berterima kasih kepada pihak lain yang memberi sokongan, dorongan dan sumbangan.

“Begitu banyak sekali yang tampil memberi kami ‘kekuatan tambahan’. Ahli keluarga, pihak Hospital Sandakan dan Likas, guru-guru Clive di SK Sung Siew, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual, pihak gereja dan juga wartawan,” katanya.

Clive kini menjalani rawatan fisioterapi dan sedang menunggu proses untuk mendapatkan kaki palsu.

“Keadaan Clive bertambah baik sekarang ini sehingga kadang-kadang dia lupa yang hanya memiliki satu kaki, dia secara spontan berdiri dan cuba berjalan tetapi kemudiannya jatuh.

“Perjalanan hidup Clive masih panjang, sebagai ibu sudah pasti saya berharap dia akan berjaya dalam apa jua hal walaupun sebelah kakinya sudah tiada, bagi kami Clive adalah istimewa,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.