PKP 6 daerah: Polis Selangor pertingkat SJR

Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan bagi daerah yang terlibat PKP.

SHAH ALAM: Polis Selangor akan mempertingkatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam daerah dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di tiga lagi daerah di Selangor mulai esok hingga 17 Mei.

Ketua Polis Daerah Selangor Arjunaidi Mohamed berkata, penambahan SJR itu bertujuan menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah daripada berlaku, terutamanya menjelang Aidilfitri.

“Selain SJR, pemantauan di bazar Aidilfitri, pusat beli-belah dan tempat tumpuan orang ramai akan turut dipertingkatkan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” kata beliau dalam kenyataan.

Beliau menegaskan, pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan bagi daerah yang terlibat PKP iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.