Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Penchala, di sini, hanya membabitkan beberapa kawasan sahaja.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan penduduk setempat berkenaan lokasi spesifik pelaksanaan PKPD di Kampung Sungai Penchala yang masuk hari kelima.
Menurutnya, justeru, bagi menyelesaikan isu yang timbul ini adalah dimaklumkan bahawa PKPD di kawasan Kampung Sungai Penchala, di sini, hanya membabitkan beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan kawasan.
“Kawasan yang terbabit hanyalah Jalan Sungai Penchala 11, Jalan Sungai Penchala 12 dan Jalan Sungai Penchala 12(A).
“Adalah diharap kenyataan ini dapat memberikan gambaran yang jelas kawasan yang terbabit dengan PKPD di kawasan Kampung Sungai Penchala serta dapat mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan sekitarnya terutama untuk tujuan bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun katanya, penduduk adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di kawasan yang tidak terbabit dengan PKPD.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Harian Metro