PKPD di Mukim Bagan Serai, Kerian, Perak Khamis

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Bagan, Serai, Kerian, Perak mulai Khamis.

Pelaksanaan PKPD itu adalah susulan daripada 53 kes positif COVID-19 yang direkodkan di lokaliti itu hasil daripada 144 ujian saringan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM juga mendapati kes semasa bertaburan dalam mukim dan tidak tertumpu dalam satu lokaliti atau kawasan dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Pada masa sama kadar insiden meningkat daripada 42.5 pada Minggu EPID 20 kepada 62.6 pada Minggu EPID 21.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan ini berkuatkuasa Khamis ini sehingga 9 Jun,” katanya dalam kenyataan harian PKP hari ini.

Ismail turut mengumumkan pelaksanaan PKPD di FELDA Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor dan di Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng dan SK Telok Gelam, di Daro, Sarawak.

Semua pelaksanaan PKPD di lokaliti di Segamat dan Daro ini adalah berkuatkuasa Khamis ini hingga 9 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terbabit dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

Sementara itu, katanya, kerajaan turut mengumumkan penamatan PKPD di enam lokaliti lain antaranya adalah di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang; Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan Sarikei, Sarawak dan Kawasan Pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh, Kapit, Sarawak.

Selain itu, Pangkalan Hulu, Hulu Perak, Perak; Penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang dan Perkampungan dalam Mukim Tras, Raub, Pahang.

Penamatan PKPD di semua enam lokaliti itu berkuatkuasa esok seperti yang dijadualkan selepas KKM mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan klaster adalah terkawal manakala semua kes positif sudah dirawat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.