PKPD: Tiada kawad duri ‘kepung’ empat mukim di Perak

[email protected]

IPOH: Pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) bagi empat mukim di Perak tidak membabitkan pemasangan kawat berduri kerana meliputi kawasan yang sangat luas, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Sebaliknya kawat duri hanya dipasang di beberapa ‘lorong tikus’ yang menjadi laluan jalan pintas bagi menghalang pergerakan keluar dan masuk orang awam di kawasan PKPD.

Secara keseluruhan sebanyak 11 sekatan jalan raya akan ditambah berbanding 13 sedia ada, lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 24 yang meliputi keempat-empat mukim terbabit.

Seramai 962 pegawai dan anggota polis ditugaskan mengawal empat mukim berkenaan yang membabitkan penugasan di sekatan jalan serta pemantauan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Petang tadi, Mior Faridalathrash dalam kenyataan berkata selain penambahan sekatan jalan dan pasukan pemantau SOP, penugasan pihaknya di empat mukim yang dikenakan PKPD di Perak turut membabitkan penugasan Op Payung yang menumpukan kawasan strategik dan menjadi tumpuan ramai.

Empat mukim di Perak iaitu Pengkalan Hulu, Taiping, Hulu Kinta, dan Hulu Bernam Timur dikenakan PKPD mulai esok, 22 Mei hingga 4 Jun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.