PKS harap pakej bantuan selanjutnya

[email protected]

KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menantikan pengumuman lebih lanjut daripada kerajaan untuk pakej sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini memandangkan kebanyakan daripada peniaga yang terbabit sudah mula terdesak selepas memiliki simpanan untuk sebulan saja lagi.

Pengerusi Dasar dan Perhubungan Kerajaan SAMENTA, Datuk William Ng memberitahu ada PKS hanya mempunyai simpanan untuk bertahan sebulan lagi bagi membayar gaji, sewa dan utiliti.

“Kami menyeru semua ahli dan PKS lain untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ini, serta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

“Jika ini tidak dapat dilaksanakan, cuba pastikan protokol jarak keselamatan dan fizikal diadakan: katanya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada keputusan kerajaan bagi penguatkuasaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat.

SAMENTA sekali lagi menggesa kerajaan untuk menggerakkan kerajaan negeri dan sektor swasta dalam program imunisasi nasional.

“Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya, sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula,” katanya.

SAMENTA yang ditubuhkan pada 1986 adalah persatuan untuk PKS yang tertua di negara ini.

Misinya adalah untuk memperjuangkan pengembangan PKS melalui pendekatan empat segi iaitu perundingan dasar, akses

pasaran, pemerkasaan perniagaan dan pengembangan kemampuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.