Polis buru lelaki curi duit tabung masjid

[email protected]

Kota Samarahan: Polis sedang mengesan seorang lelaki kerana disyaki mencuri duit tabung Masjid Darul Ikhlas, Kampung Sindang di sini.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, kehilangan duit tabung masjid berkenaan disedari kira-kira jam 8 malam semalam oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Katanya, AJK terbabit menyedari tabung masjid berkenaan dalam keadaan terbuka selesai menunaikan solat Isyak.

” Apabila membuat pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup CCTV masjid, dia mendapati seorang lelaki membuka tabung masjid berkenaan selepas waktu Zohor dengan mengumpil menggunakan batang besi.

“Suspek dilihat berjaya membuka tabung masjid itu dan mengambil semua wang yang ada di dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sudirman berkata, anggaran kerugian tidak dapat dipastikan kerana jumlah sumbangan jemaah masjid belum dikira.

Katanya, pihaknya juga sudah mendapat rakaman CCTV masjid berkenaan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di talian 082-622300.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.