Polis cari pemilik akaun Twitter, editor portal sebar maklumat palsu

[email protected]

Nilai: Polis giat mengesan pemilik akaun Twitter susulan tindakan memuat naik hantaran berbentuk fitnah kepada pasukan polis mengenai pelaksanaan kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri, di Nilai Impian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan pemilik akaun terbabit menimbulkan suasana tidak baik dalam kalangan masyarakat dan suatu bentuk fitnah terhadap pasukan polis.

Beliau sebelum ini menafikan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 kepada tuan rumah dan RM5,000 kepada tetamu.

“Kita sedang mengesan pemilik akaun terbabit kerana hantaran yang dibuat di media sosial itu tidak benar berhubung kesalahan melanggar SOP Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

“Hantaran termasuk gambar yang dilakukan sebenarnya adalah gambar pemeriksaan rumah ke rumah oleh polis pada hari raya pertama Aidilfitri di sekitar kawasan perumahan di Nilai Impian.

“Justeru itu, gambar berkenaan telah menimbulkan salah tafsir sebagai tindakan kompaun sedangkan kejadian sebenar adalah polis melakukan tinjauan untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui tinjauan itu, pihaknya mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan terbabit berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, Mohd Fazley menasihatkan agar orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita yang tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial kerana ia boleh mengelirukan.

“Kita sedang mengesan individu berkenaan yang dikatakan seorang editor sebuah portal,” katanya.

Berita berkaitan

Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.