Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Polis gempur 9 premis judi

bhnews@bh.com.my

Have you seen this video?

KEPALA BATAS: Sembilan premis yang menjalankan kegiatan perjudian di sini, sekitar Mak Mandin dan Butterworth digempur polis dalam operasi selama dua hari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata aktiviti judi dalam premis berkenaan masih berlaku walaupun sudah berkali-kali diserbu.

Berikutan itu, katanya, melalui hasil maklumat awam, seramai 63 pegawai dan anggota dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu semua premis berkenaan.

“Seramai 10 individu berusia antara 17 hingga 51 tahun termasuk empat wanita ditahan. Mereka dipercayai terbabit dalam judi loteri awam tidak berlesen dan judi dalam talian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis turut merampas pencetak, telefon pintar, buku resit, pen, mesin kira dan slip kertas dalam operasi itu. Susulan operasi ini, polis akan memohon kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di premis berkenaan bagi memastikan kegiatan itu tidak berulang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian di tempat mereka boleh menyalurkannya melalui sistem Volunteer Smartphone Control (VSP) atau menghubungi IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5762222,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version