Polis sahkan mesej tular lapor ‘hasutan antivaksin’ dari KPN palsu

Polis mengingatkan masyarakat agar tidak menyebarkan mesej palsu berkenaan dan dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan.

PETALING JAYA: Polis mengesahkan mesej tular berkenaan hasutan antivaksin yang didakwa daripada Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani adalah palsu.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Skandaguru Anandan dalam kenyataan memaklumkan mesej palsu tersebut meminta laporan dibuat melalui portal.

“Portal e-reporting yang dinyatakan dalam mesej berkenaan, adalah perkhidmatan projek rintis oleh PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara online hanya bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis,” katanya.

Justeru, polis mengingatkan masyarakat agar tidak menyebarkan mesej palsu berkenaan dan dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan.

“Jika timbul sebarang keraguan, pertanyaan boleh disalurkan kepada PDRM melalui Facebook rasmi PDRM di pautan atau lain-lain media sosial rasmi PDRM.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.