Polis serbu 3 premis ‘lombong’ bitcoin

[email protected]

Georgetown: Polis menyerbu tiga premis rumah kedai yang dipercayai menjalankan kegiatan ‘perlombongan’ mata wang digital bitcoin secara haram di tiga lokasi. di sini, hari ini.

Dalam serbuan 12.30 tengah hari itu, polis merampas 200 mesin melombong bitcoin dianggarkan bernilai RM80,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa terdengar bunyi bising dari arah premis terbabit selain terdapat haba yang panas.

“Serbuan pertama di rumah kedai di Jalan Perak itu mendapati premis terbabit melakukan penyambungan elektrik secara haram bagi menjalankan operasi perlombongan berkenaan.

“Polis turut menahan seramai empat lelaki warga tempatan berusia 20 hingga 35 tahun yang mana seorang daripadanya mempunyai dua rekod lampau berkait judi,” katanya di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu membawa kepada pendedahan dua lagi premis yang menjalankan kegiatan yang sama di Jalan Van Praagh dan Gelugor di sini.

Menurut Soffian, siasatan awal terhadap suspek mendapati mereka mengakui diupah seorang lelaki bagi melakukan kerja penyelenggaraan membersihkan mesin dengan bayaran sebanyak RM3,000 sebulan sejak dua bulan lalu.

Katanya, berdasarkan kenyataan suspek itu, polis percaya bahawa kegiatan mereka dilakukan lebih awal.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti beberapa lagi individu yang terbabit serta pembabitan mereka dalam kegiatan itu.

“Ia menyebabkan TNB mengalami kerugian sehingga RM100,000 sebulan dan ini adalah tangkapan pertama dilakukan di daerah ini,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat penyambungan elektrik.

Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Letrik 1990 kerana menggunakan bekalan elektrik secara haram.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.