Polis siasat aduan bapa bimbang keselamatan anak perempuan

[email protected]

Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat kes laporan polis tular berhubung kebimbangan seorang ayah apabila mendakwa ada individu didakwa menyamar sebagai ahli keluarga mahu mengambil anak perempuannya berusia 16 tahun di sekolah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis kes terbabit di Balai Polis Taman Melawati pada 22 April lalu.

Susulan itu katanya, pihak polis masih dalam tindakan mengumpul maklumat dan mengambil keterangan daripada individu serta saksi yang terbabit dengan kejadian.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini, sebagai maklum balas kes tular itu.

Antara kandungan laporan polis itu terkandung aduan seorang bapa dihubungi guru kelas anaknya.

Guru kelas memberitahu bahawa terdapat mesej WhatsApp diterima daripada seseorang yang mengaku sebagai abang saudara kepada pelajar kelas yang juga anak perempuan si bapa.

Mesej itu meminta izin kepada guru kelas berkenaan untuk membawa seorang pelajar perempuan kelas itu pulang dari sekolah sebab mempunyai urusan keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.