Polis tolong jaga bayi yang ibu bapanya positif Covid-19

New Delhi: Kesibukan tugas bukan alasan untuk seorang konstabel polis wanita berbakti kepada masyarakat.

Sebaliknya, Ketua Konstabel Polis Delhi, Rakhi menunjukkan keprihatinannya dengan menjaga seorang bayi selepas kedua ibu bapa bayi itu positif Covid-19.

Gulf News memetik ANI melaporkan, bayi berkenaan berusia dua bulan dan disahkan negatif Covid-19.

Bayi itu mempunyai saudara-mara sebelah ibu dan bapanya di Uttar Pradesh

Namun, Uttar Pradesh dan Delhi kini termasuk dalam kawasan yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.

Disebabkan itu, seorang saudara yang tinggal di Meerut meminta pertolongan Rakhi yang bertugas di pejabat DCP Shahdara untuk menjaga bayi berkenaan.

Rakhi bagaimanapun meminta izin terlebih dulu daripada pegawai kanannya.

Selepas mendapat kebenaran, Rakhi menghubungi ibu bapa bayi berkenaan dan bergegas ke alamat yang diberikan di barat laut Delhi untuk mengambil anak mereka.

Setibanya di alamat itu, Rakhi tidak berlengah sebaliknya terus menguruskan keperluan bayi berkenaan termasuk memberi makanan tambahan yang disediakan oleh ibu bapanya.

Selesai urusan itu, Rakhi menyerahkan bayi berkenaan kepada nenek kepada bayi itu yang tinggal di Modinagar, Uttar Pradesh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.