Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Polis tumpaskan sindiket pelaburan bitcoin

am@hmetro.com.my

Have you seen this video?

Johor Bahru: Polis menumpaskan sindiket pelaburan bitcoin dengan penahanan lapan suspek termasuk dua warga China dalam dua serbuan berasingan di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang itu, dua set komputer, tiga komputer riba, 35 telefon pintar pelbagai jenama, buku catatan dan wang tunai RM7,200 dirampas.

Katanya, suspek berumur antara 21 hingga 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek menerima gaji sebanyak RM2,300 sebulan dan komisyen 10 peratus daripada hasil penipuan yang berjaya dibuat ke atas setiap mangsa.

“Hasil siasatan terdapat dua laman web yang dipercayai digunakan suspek dalam aktiviti pelaburan bitcoin yang tidak wujud.

“Kesemua suspek juga berperanan mencari mangsa di media sosial dengan memulakan perbualan sebagai kawan sehingga mendapat kepercayaan daripada mangsa dan seterusnya memperdaya mangsa melabur dalam bitcoin.

“Mangsa juga dikehendaki mendaftar semasa menyertai pelaburan bagi mendapatkan kata nama dan kata laluan. Mangsa yang menyertai pelaburan dikehendaki memasukkan wang ke dalam akaun bank yang ditentukan oleh suspek yang dipercayai dikawal di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Padzli berkata, semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Katanya, enam suspek warga tempatan ditahan reman selama empat hari.

“Dua warga China ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version