Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hantar pelajar pulang

bhnews@bh.com.my

Have you seen this video?

SHAH ALAM: Seramai 27 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dihantar pulang ke kampung masing-masing awal pagi ini.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) PSA dalam kenyataan memaklumkan, penghantaran semua pelajar itu dilakukan menerusi Misi Penghantaran Pulang Pelajar oleh Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 PSA

dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Kesemua pelajar dihantar pulang seawal jam 7 pagi ke zon Utara, Selatan dan Pantai Timur.

“Seramai 27 pelajar menaiki tiga bas, sebuah van dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disediakan oleh pihak pengurusan dan demi menjaga keselamatan serta kebajikan pelajar, pegawai pengiring dalam kalangan staf JHEP turut serta dalam misi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelepasan perjalanan misi pagi ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 PSA yang juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA, Zalina Ismail.

Sebelum berlepas, Zalina sempat mengingatkan pelajar untuk menjaga keselamatan dan sentiasa patuh dengan arahan serta Prosedur Operator Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version