PPV: Hospital swasta Pulau Pinang berikan khidmat tambahan

Georgetown: Hospital swasta di Pulau Pinang yang terpilih untuk menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah mengambil langkah-langkah tambahan, bagi memastikan proses pemberian vaksin dapat diperkemaskan.

Koordinator pusat PPV Hospital Lam Wah Ee (HLWE) Dr Cheang Hon Kit berkata, persediaan untuk pusat PPV mereka sudah pun diperincikan dan kakitangan hospital juga sudah membuat panggilan telefon bagi memperingatkan penerima vaksin mengenai janji temu mereka.

“Ada yang terkejut kerana apabila kami memperingatkan mengenai janji temu mereka menerusi panggilan telefon. Kami akan pastikan bahawa informasi mereka adalah tepat dan memaklumkan mereka mengenai janji temu vaksinasi mereka yang akan datang,” katanya kepada Bernama dan menambah yang hospital juga mempunyai senarai nama simpanan, jika pihak terbabit tidak hadir, supaya tiada vaksin akan terbuang.

Buat masa ini, beliau berkata, hospital itu menyasarkan untuk menyampaikan suntikan 200 vaksin sehari dan berharap negeri akan dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Sementara itu, Pengurus Operasi Hospital Pantai Pulau Pinang (PHP) Ganesh Rao Sannasi berkata, mereka yang menerima vaksin suntikan Covid-19 di PPV mereka akan menerima kadar bayaran letak kereta dikurangkan, selain menerima beg cenderahati.

Beliau berkata di dalam beg itu, mereka akan menerima roti bun percuma yang dibuat oleh kedai roti hospital itu, selain barangan cenderahati hospital, sebagai ucapan terima kasih atas sumbangan penerima vaksin kerana membantu Malaysia menjadi tempat yang lebih selamat.

Ganesh berkata, pada masa ini, hospital menyasarkan untuk bermula dengan memberikan vaksin kepada 100 orang sehari, dan akan menambahnya mengikut kepada keupayaan mereka.

“Kami mempunyai sekurang-kurangnya 30 kakitangan perubatan dan perkhidmatan sokongan mengendalikan PPV kami, dan kami berharap kesemua rakyat Pulau Pinang akan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, pada 31 Mei mengumumkan yang enam hospital swasta di negeri itu dipilih sebagai pusat PPV bermula pertengahan Jun.

Choe berkata, mengikut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, HLWE dan PHP adalah antara empat hospital swasta di Pulau Pinang yang akan membuka pusat PPV mereka pada 7 Jun, manakala dua lagi hospital swasta dijangka akan mula membuka pusat vaksinasi mereka bermula 15 Jun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.