PPV pandu lalu Stadium Indera Mulia, Kinta mula beroperasi esok

[email protected]

Ipoh: Kerajaan Perak mensasarkan 610,100 individu di Kinta akan menerima vaksin menjelang hujung tahun ini sebaik Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Stadium Indera Mulia di daerah itu, mula beroperasi esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, kumpulan sasaran dalam perancangan PPV pandu lalu itu membabitkan penerima vaksin dos kedua, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penerima agensi secara kelompok.

“Kerajaan negeri sedang berusaha untuk meningkatkan kadar imunisasi Covid-19, khususnya di Kinta.

“Sehingga 31 Mei lalu, ia sudah mencapai 39,760 iaitu 6.53 peratus (penerima vaksin di Kinta). Justeru, pembukaan PPV pandu lalu sangat perlu bagi mencapai sasaran berkenaan,” katanya pada kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Task Force Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Perak hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.