Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-8sEsTr.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-8sEsTr.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Program MEKAR tingkat pendapatan komuniti

Kuala Lumpur: Dua tahun lalu, Puteri Syafika Raja Zuki, bergelut meneruskan kehidupan tanpa pendapatan tetap, tetapi siapa sangka kini perniagaan Queen Fried Chicken (QFC) yang diusahakannya menjadi bualan di Kuala Terengganu.

Puteri Syafika kini meraih pendapatan sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika kali pertama memulakan QFC.

Perjalanan keusahawanan wanita berusia 30 tahun itu, bermula dengan menjual kerepek rumpai laut keju yang digemari oleh anak bongsunya, di pasar minggu.

Perniagaan itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kesungguhan Puteri Syafika.

Apabila mendapat peluang untuk mengembangkan perniagaan kecilnya melalui Program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR), Puteri Syafika enggan berpaling lagi.

Program MEKAR adalah inisiatif Yayasan PETRONAS yang dilancarkan pada 2019 bagi meningkatkan pendapatan komuniti marginal serta mengurangkan kemiskinan di negara ini.

Ia bermatlamat untuk mengembangkan idea-idea peserta program ini menjadi perniagaan yang berkembang maju melalui skim bimbingan dan latihan yang disasarkan.

Dengan peralatan dapur diterimanya melalui Program MEKAR, Puteri Syafika mengembangkan perniagaan menjual QFC dengan harga RM1, dan beliau tidak mahu berhenti setakat itu sahaja.

Puteri Syafika, memulakan pula perniagaan ketiganya, Ganu Runner, iaitu khidmat penghantaran yang kini semakin dikenali warga Kuala Terengganu ketika seluruh dunia berdepan krisis akibat pandemik COVID-19.

“Sama ada pelitup muka atau makanan, saya akan bantu orang ramai menghantarnya menggunakan motosikal saya,” katanya.

Meskipun bermula daripada kosong, dengan kerja keras dan kesabarannya, Puteri Syafika kini tidak setakat membantu keluarganya malah turut berpeluang menggajikan lebih ramai pekerja sejak perniagaannya berkembang.

“Saya mahu membantu seramai mungkin supaya kita semua dapat mencapai kemajuan bersama,” katanya.

Puteri Syafika adalah satu antara sekian banyak kisah kejayaan melalui Program MEKAR.

Meskipun pandemik COVID-19 menggagalkan rancangannya untuk membuka lebih banyak cawangan QFC, beliau tetap optimistik mengenai cadangan mengembangkan perniagaannya pada masa hadapan.

Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada Mac tahun lalu, menunjukkan krisis sosial dan ekonomi yang dahsyat ini akan berlanjutan dengan kehilangan pendapatan di seluruh dunia dijangka melebihi USD220 bilion (kira-kira RM906 billion)

Malahan, 55 peratus daripada populasi global dijangka tidak akan mempunyai akses terhadap perlindungan sosial dengan kehilangan ke atas pendapatan, pendidikan dan asas keselamatan makanan.

Di negara ini antara yang terjejas menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) adalah 2.8 juta isi rumah B40, kebanyakannya terdiri daripada buruh berkemahiran rendah yang berdepan masalah kewangan, kesihatan dan malnutrisi.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia bertindak pantas dengan memperkenalkan bantuan Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion.

Yayasan PETRONAS melalui Program MEKAR, menyasar untuk membantu 3,400 keluarga B40 atau berpendapatan rendah dalam masa dua tahun di daerah tertentu meliputi Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Nelly Francis Shariah, berkata tumpuan program adalah untuk merapatkan jurang pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi berterusan dalam kalangan masyarakat.

“Bagi membolehkan rakyat yang memerlukan bantuan merasai kualiti hidup lebih baik, kemajuan sosio ekonomi mestilah bersifat inklusif dan ia memerlukan komitmen jangka panjang dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan pengangguran,” katanya.

Ia selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Kesihatan dan Kesejahteraan, Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi serta Agenda Kelestarian PETRONAS.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.