Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Lxv7LV.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Lxv7LV.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Program vaksin akan lonjak semula ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang 5.3 peratus menjelang akhir 2021 selepas mengalami penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada 2020, demikian menurut Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

Menurut laporan Unjuran Ekonomi terkini oleh Oxford Economics yang disahkan ICAEW, kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia dijangka divaksin sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Ini akan membolehkan lebih banyak kelonggaran kekal terhadap sekatan dan meningkatkan perkhidmatan dan perbelanjaan sosial.

“Seperti semua negara ASEAN lain, laporan itu meramalkan Malaysia akan menyaksikan pertumbuhan KDNK yang lebih banyak pada separuh kedua 2021 berbanding purata pertumbuhan KDNK sebelum COVID-19 daripada 2011 hingga 2019, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi Asia Tenggara, laporan itu meramalkan bahawa KDNK akan meningkat semula dengan kukuh kepada 4.8 peratus pada 2021 selepas merosot 4.1 peratus pada 2020.

Laporan itu menyatakan, peningkatan itu dijangka berikutan penambahbaikan dalam aktiviti-aktiviti perdagangan global, dasar makro akomodatif, sokongan fiskal kerajaan yang berterusan dan kadar faedah rendah di seluruh rantau ini.

Pertumbuhan turut diramalkan berkembang kepada 6.5 peratus pada 2022 berikutan negara menuju lebih dekat kepada imuniti kelompok dan pemulihan yang lebih selaras di semua sektor.

Menurut laporan itu, negara Asia Tenggara akan terus mengalami peningkatan pemulihan yang berbeza pada 2021, dipacu kemampuan masing-masing untuk membendung gelombang baharu jangkitan COVID-19 dan kejayaan mereka dalam pemerolehan dan pengedaran vaksin.

“Ketidakpastian masih kekal memandangkan kadar pemulihan akan bergantung kepada kemajuan pelaksanaan vaksin dan sama ada kemungkinan yang masih tinggi untuk melaksanakan sekatan pergerakan selanjutnya dalam masa yang terdekat ini.

“Bagaimanapun, prospek pertumbuhan serantau bagi Asia Tenggara dalam jangka sederhana dan panjang kekal optimis,” katanya.

Pertumbuhan KDNK yang berturutan dijangka lemah pada suku kedua berbanding suku pertama di kebanyakan negara di rantau ini berikutan sekatan yang lebih tegas telah menjejaskan sektor yang tidak lagi kukuh selepas menerima kesan negatif daripada langkah penjarakan sosial atau perbelanjaan sosial isi rumah yang lebih rendah.

Di sebalik cabaran sedemikian, laporan itu memaklumkan, dasar makroekonomi yang akomodatif dan lonjakan perdagangan dunia menandakan sebahagian besar Asia Tenggara masih merekodkan angka pertumbuhan KDNK yang mengagumkan pada tahun ini.

Kelonggaran sekatan pergerakan yang dijangka berlaku pada Jun dan Julai di kebanyakan negara, berkemungkinan memudahkan peningkatan ekonomi untuk separuh kedua tahun ini.

Selain Filipina dan Thailand, kebanyakan negara Asia Tenggara dijangka kembali kepada tahap pertumbuhan seperti sebelum pandemik pada tahun ini dengan Singapura dan Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK antara dua dan 2.5 peratus pada 2021, melebihi paras sebelum pandemik.

Sekatan pergerakan yang terbaharu di Singapura, Vietnam dan Malaysia menandakan perbelanjaan isi rumah telah berkurangan pada suku kedua 2021.

“Bagaimanapun, ia tidak mungkin merosot ketara berikutan isi rumah dan perniagaan dilengkapi dengan pendigitalan yang lebih baik untuk membolehkan mereka bekerja dan membeli-belah secara jarak jauh.

“Kerajaan turut menggunakan lebih banyak langkah bersasar berbanding sekatan pergerakan di seluruh negara yang telah mengurangkan gangguan,” katanya.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.