Promosi Raya HONOR kini tiba! Jimat sehingga RM250 untuk pembelian produk HONOR terpilih!

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 — HONOR Malaysia turut bersama dalam semangat menyambut kedatangan Hari Raya dengan tema “Kebersamaan Tetap Di Hati”, sebagai meraikan bulan keberkatan dengan memberi tawaran eksklusif kepada rakyat Malaysia. Sejak berdiri sendiri, telefon pintar HONOR kini dilengkapi dengan Google Mobile Service, cukup untuk memberi keyakinan kepada pasaran Malaysia.

 

Tawaran HONOR Raya akan bermula dari 22 April 2022 hingga 8 Mei 2022, boleh didapati di Stor HONOR, Laman Sesawang Rasmi HONOR, Stor Rasmi HONOR Shopee, Stor Flagship HONOR Lazada dan pengedar sah di seluruh negara. Tawaran hebat ini hanya ada pada HONOR! Dapatkan hadiah Raya anda dari RM699 ke atas untuk keluarga dan rakan-rakan! Antara tumpuan utama adalah diskaun HONOR 50 pada harga diskaun RM1,799 dengan hadiah HONOR Band 6 percuma dan potongan RM250 untuk HONOR MagicBook 14. Berikut tawaran-tawaran menarik yang terdapat di stor!

1) Penggiat Vlog dan TikTok – HONOR 50 – Rasai Pengalaman Merakam Vlog

Penggiat vlog pastinya mendambakan ciri-ciri kamera hebat yang boleh menghasilkan rakaman mereka lain dari yang lain. Dengan kamera ultra jelas 108MP HONOR 50, pengguna boleh bermain dengan pilihan enam mod vlog berbeza mengikut konten yang disukai, memenuhi kehendak pelbagai audiens. Tak perlu lagi mencari yang lain kerana HONOR 50 memberikan pengalaman hasil vlog yang terbaik.

2) Pilihan terbaik untuk semua – HONOR X9 5G – Pilihan bijak dan berfungsi lancar

HONOR X9 5G hadir dengan pengecasan pantas 66W dan bateri tahan lama untuk keseronokan bermain game sepanjang hari. Rasai permainan yang seakan dunia nyata dengan kadar segar semula 120Hz. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 dengan RAM Turbo HONOR – maka tidak ragu-ragu lagi HONOR X9 5G adalah pilihan bijak untuk pengalaman lancar tanpa sekatan.

3) Kegemaran wanita – HONOR X8 – Reka bentuk bergaya serta ringan dan nipis

Telefon bergaya yang dipadankan dengan kejelitaan dan elegan pemilik pastinya menjadi pilihan. HONOR X8 mempunyai kelas seperti yang diidamkan, mudah dibawa dengan hanya seberat 177g, muat dimasukkan ke dalam beg tangan wanita. Dengan badan nipis 7.45mm dan kamera quad 64MP, berpesta bersama teman-teman pastinya menjadi malam yang tidak dapat dilupakan, terima kasih kepada HONOR X8 bergaya. Buat para wanita, ini merupakan pilihan terbaik anda!

 

4) Hadiah terbaik untuk pengguna berusia- HONOR X7 – Paparan Penjagaan Mata dan bateri tahan lama

Dilengkapi dengan bateri besar 5000mAh dan pengecasan pantas berwayar 22.5W yang boleh mengecas dengan pantas, jadi penggemar tidak perlu risau lagi tentang masalah kehabisan bateri. Dilengkapi dengan paparan FullView HONOR 6.74 inci yang memberi perlindungan kepada mata, HONOR X7 sesuai untuk ibu bapa yang risau jika mata terjejas. HONOR X7 pilihan paling tepat untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ibu bapa yang sudah berusia.

5) Pilihan bajet – HONOR 50 Lite – kepantasan cas super dengan fotografi jelas

HONOR 50 Lite mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan komuniti HONOR. Terima kasih kepada pengecasan pantas 66W yang menghilangkan rasa gusar tentang jangka hayat bateri, selain kamera 64MP menjadikan hasil fotografi lebih bagus dengan hanya menekan satu butang. Paparan skrin 6.67″ yang hebat membolehkan anda menonton video kegemaran, sekaligus menjadi sebab utama mengapa peminat memilih HONOR 50 Lite.

 

6) Work Smart, Study Smart – Siri HONOR MagicBook – Kompak Berkuasa

HONOR tidak asing lagi dengan rekaan komputer ribanya yang kompak dan berkuasa, dengan tiga model ditawarkan pada Raya ini.

Keluaran terbaharu HONOR MagicBook 16 dikenali dengan penggunaan tugasan berat untuk rekaan yang memerlukan pemproses yang kuat. Ia dikuasakan oleh Pemproses AMD Ryzen™ 7 5800H, kadar segar semula 144Hz yang besar dan sistem penyejukan pintar bagi menambah baik prestasi komputer riba. Didapati dalam warna Space Gray, HONOR MagicBook 16 terdapat dalam versi 16GB RAM + 512GB ROM yang boleh menampung apa sahaja tugas berat. Lebih menyeronokkan adalah HONOR MagicBook 16 menawarkan bayaran ansuran selama 24 bulan tanpa faedah 0%, serendah RM5.88/hari*.

 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Pelan faedah ansuran 0% ditawarkan oleh bank terpilih sahaja. Sila semak dengan stor atau bank anda tentang tawaran pelan ansuran dan terma serta syarat-syarat lain yang diguna pakai.

Bagi pelajar, HONOR MagicBook X15 sesuai untuk dibawa ke mana sahaja dan prestasinya dipercayai, terima kasih kepada Intel® Core™ i5. Pelajar pastinya gembira dengan SuperCharge 65W yang membuatkan gajet ini sesuai dibawa ke mana sahaja tanpa perlu risau dengan masalah bateri, tugasan dapat disiapkan tepat mengikut masa yang ditetapkan!

Bagi pekerja dewasa, tidak perlu mencari lagi kerana dengan adanya siri HONOR MagicBook 14 dan 15 (AMD), terima kasih kepada pemproses siri AMD Ryzen 5000 yang memastikan tugasan kerja dapat disiapkan tanpa masalah. Dengan hanya seberat 1.38kg, mudah sahaja ia dimuatkan dalam beg untuk dibawa ke mana-mana. Ditambah dengan bezel 4.8mm yang memberi keselesaan mata, ini menjadikannya alasan terbaik untuk anda segera mendapatkan HONOR MagicBook 14. HONOR MagicBook 15 AMD boleh didapati dalam pilihan 8GB RAM +256GB ROM manakala HONOR MagicBook X14 menawarkan pilihan 8GB RAM + 256GB ROM dan 8GB RAM + 512GB ROM.

 

Setiap model siri HONOR MagicBook dilengkapi dengan tanda dagang Sijil Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland, untuk meminimumkan pancaran cahaya biru yang merosakkan, meningkatkan perlindungan mata dan memberi pemandangan yang selesa.

 

Dapatkan telefon dan komputer riba HONOR kegemaran anda untuk hadiah bernilai sehingga RM 936!

Produk Harga Runcit Harga Istimewa Raya Hadiah Percuma
HONOR 50 (8GB RAM +256GB ROM) RM1,999 RM1,799 HONOR Band 6
HONOR X9 5G RM1,299 Tiada HONOR CHOICE Earbuds X dan Lanjutan Jaminan 1 Tahun
HONOR X9 4G RM1,099 Tiada Lanjutan Jaminan 1 Tahun
HONOR X8 RM899 Tiada HONOR CHOICE Earbuds X dan Lanjutan Jaminan 1 Tahun
HONOR X7 RM699 Tiada Lanjutan Jaminan 1 Tahun
HONOR 50 Lite RM999 RM949 HONOR Thermal Flask
HONOR MagicBook 16 (AMD Ryzen 7, 16GB RAM + 512 GB ROM) RM4,299 Tiada Beg Galas HONOR, tetikus tanpa wayar, Microsoft 365 Personal dan Penjagaan Bateri 1 Tahun
HONOR MagicBook X15 (Intel i3, 8GB RAM + 256GB ROM) RM2,099 RM1,999 Beg Galas HONOR
HONOR MagicBook X15 (Intel i5, 8GB RAM + 512GB ROM) RM2,699 RM2,599 Beg Galas HONOR
HONOR MagicBook 14 (AMD Ryzen 5, 8GB RAM +512GB ROM) RM2,999 RM2,749 Beg Galas HONOR
HONOR MagicBook 14 (AMD Ryzen 5, 8GB RAM +256GB ROM) RM2,699 RM2,449 Beg Galas HONOR

Suasana Hari Raya semakin dirasai, raikan kemeriahannya dengan pembelian telefon pintar dan komputer riba terbaharu HONOR. Untuk status kemas kini rasmi, terus bersama kami di laman sesawang rasmi HONOR https://bit.ly/HONORRaya2022Pr dan Facebook HONOR Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.