PSM hampir berkubur

[email protected]

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) terus berdepan konflik apabila Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP) menjadi pihak keenam menarik diri daripada badan naungannya.

Presiden PESTAP, Datuk Seri Khairudin Samad berkata, tindakan berkenaan diambil selepas melihat PSM gagal menangani isu dengan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) sehingga berdepan hukuman penggantungan dan denda.

“Malah PSM mengeruhkan lagi keadaan selepas secara peribadi gagal menjawab surat tunjuk sebab atau menghantar wakil dan secara tidak langsung gagal mematuhi ASTAF untuk secara proaktif serta profesional menangani isu ini,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Katanya, keadaan berkenaan menjejaskan hubungan ASTAF dan PSM sekali gus menghalang untuk memajukan sepak takraw negara yang kian merosot.

“Jadi dengan hukuman gantung dan denda ini membuatkan ahli gabungan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada PSM untuk mengendalikan sukan sepak takraw negara. Jadi PESTAP tetap mengambil keputusan dengan menarik diri berkuatkuasa serta-merta.

“Sehubungan itu kami merayu dan mendesak pihak berwajib seperti Menteri Belia dan Sukan (KBS) melalui Pesuruhjaya Sukan mengambil serius dengan menangani kemelut dengan mengambil tindakan menubuhkan persatuan baru demi masa depan serta perkembangan sepak takraw negara tidak terganggu,” katanya.

Sebelum ini, lima badan naungan PSM – Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak) dan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) – mengumumkan keluar daripada baadan induk kebangsaan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.