Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

PSNT belum ‘bercerai’ dengan PSM

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) tidak mahu membuat keputusan terburu-buru sama ada akan ‘bercerai’ daripada menjadi ahli gabungan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ataupun terus kekal bersama badan induk sukan itu.

Presidennya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan pada Selasa ini selepas mesyuarat khas persatuan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut mengharapkan semua pihak bertenang kerana yakin dan percaya keputusan terbaik pasti akan dapat dicapai dalam mesyuarat berkenaan.

“Setakat ini persatuan belum ada lagi pendirian berhubung perkara itu (menarik diri ataupun sebaliknya) kerana perlukan perbincangan lebih lanjut dengan ahli jawatankuasa.

“Bagaimanapun keputusan muktamad sama ada kekal dengan badan induk itu ataupun sebaliknya akan diumumkan pada Selasa depan di Kuala Terengganu.

“Saya harapkan keputusan itu nanti bakal menentukan hala tuju PSNT bagi memastikan Terengganu terus menjadi kilang pengeluar pemain berbakat selain mampu menjadi kuasa dalam sukan sepaktakraw ini suatu hari nanti,” katanya.

Sebelum ini empat persatuan sepaktakraw negeri bermula dengan Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) dan terbaharu Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (PESTAK) keluar daripada menjadi ahli gabungan PSM selepas hilang kepercayaan terhadap Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail susulan kemelut yang melanda dengan Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Terdahulu Ahmad digantung selama 15 tahun oleh ASTAF selepas didakwa atas empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang ASTAF dengan menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dengan harapan mendapat campur tangan berhubung keputusan pemilihan ASTAF pada 1 Mac lalu.

Ahmad juga turut didenda sebanyak AS$25,000 (RM102,937) bagi menampung kos pendengaran kes berkenaan selain ASTAF turut mengambil tindakan menggantung sementara PSM daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan sukan itu berkuatkuasa 28 April lalu atas dakwaan melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan ISTAF dan ASTAF 2008.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version