PUNB sedia tawar lanjutan moratorium

[email protected]

Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bersedia menawarkan lanjutan moratorium pembayaran balik pembiayaan kepada usahawan di bawah agensi itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, pihaknya mempunyai keupayaan melanjutkan tempoh moratorium berbanding tempoh yang dijadualkan tamat 30 Jun depan.

Katanya, usaha ini juga bagi membantu usahawan sekiranya implikasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan perniagaan mereka terkesan teruk.

“Penangguhan pembayaran pembiayaan itu terpakai ke atas prinsipal saja, manakala kadar keuntungan yang sudah ditetapkan perlu dibayar oleh usahawan.

“Moratorium itu diberikan adalah untuk membantu usahawan kekal berdaya tahan dan berdaya saing ketika pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

“Kami juga menguruskan kewangan secara berhati-hati, menyeimbangkan portfolio supaya tidak terkesan teruk.

“Malah, kami masih mampu melanjutkan moratorium bagi enam bulan lagi dan tidak ada masalah dari segi kewangan,” katanya.

Menurutnya, selain moratorium pembayaran balik pembiayaan, PUNB juga memberi diskaun 50 peratus ke atas sewa premis perniagaan miliknya selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari lalu hingga 30 Jun depan.

Mengulas lanjut, Izwan berkata, PUNB memperuntukkan RM230 juta pembiayaan tahun ini yang mana ia akan diagihkan kepada tiga komponen utama iaitu pembiayaan usahawan, pembiayaan premis dan pembangunan usahawan.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 bagi membantu Bumiputera yang kehilangan pekerjaan susulan penularan pandemik untuk menceburi bidang perniagaan.

Katanya, kemudahan itu ditawarkan menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR), yang mana ia terbuka kepada semua individu Bumiputera berusia 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ketika penularan Covid-19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan atau mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.