Pusat hiburan Bollywood digempur

[email protected]

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur pusat hiburan Bollywood dan menahan empat penari wanita warga Bangladesh dalam serbuan di Jalan Munshi Abdullah, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Osman Ismail berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, pusat hiburan terbabit didapati menggunakan laluan pintu belakang sebagai laluan utama.

“Ketika serbuan dilakukan, seramai empat wanita warga Bangladesh yang bekerja sebagai pelayan dan juga penari berada di dalam premis berkenaan.

“Pemeriksaan di premis terbabit mendapati ada dua lapisan pintu yang berfungsi sebagai pintu kedap bunyi bagi mengelakkan bunyi bising muzik didengari orang luar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Osman berkata, tindakan sita turut dilakukan terhadap 14 peralatan berkaitan aktiviti muzik membabitkan komputer riba, mixer dan mikrofon.

“DBKL turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan 1992 dan jika disabitkan kesalahan, pemilik premis boleh didenda sehingga RM50,000.

“Satu notis kompaun turut dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 kerana menyalahgunakan lesen restoran dan kedai makan dengan menjual dan menghidangkan minuman keras tanpa kebenaran yang sah dan boleh didenda sehingga RM2,000,” katanya.

Menurutnya, operasi dilaksanakan mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard DBKL dan Majlis Keselamatan Negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.