Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-g7rwMz.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-g7rwMz.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Putrajaya setuju Sarawak beli 1 juta dos vaksin Sinovac

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata negeri itu sedang bersiap sedia untuk membeli sejuta dos vaksin Sinovac keluaran China selepas menerima persetujuan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bercakap dalam sidang media di Bintulu, beliau berkata kelulusan tersebut dinyatakan ketika pertemuan dengan Muhyiddin dua minggu lalu.

“Saya bertemu dengan perdana menteri dua minggu lalu untuk minta kebenaran beli vaksin untuk Sarawak dan saya hendak berterima kasih kerana beri persetujuan.”

Beliau turut berkata Sarawak akan membelia 500,000 dos suntikan bagi fasa pertema dan 500,000 lagi dos bagi fasa kedua program vaksinasinya.

Menurutnya, Muhyiddin turut memberikan kelulusan untuk Sarawak mewartakan penggunaan ruang hospital swasta sebagai pusat vaksinasi terutama di kawasan-kawasan bandar.

Beliau turut menambah syarikat korporat di negeri itu akan dibenarkan untuk menyusun jadual vaksinasi kakitangannya.

“Syarikat-syarikat swasta boleh menghubungi hospital swasta yang diwartakan, dan hospital tersebut akan menjalankan vaksinasi kakitangan syarikat termasuk syarikat industri dan perladangan.

“Namun mereka perlu susun kakitangan mereka,” katanya di samping turut menambah vaksin tersebut akan disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri.

“Mungkin mereka hanya perlu membayar caj perkhidmatan yang disediakan pihak hospital.”

Abang Johari turut berkata hospital dan syarikat-syarikat swasta ketika ini sedang membincangkan harga yang sesuai bagi tujuan itu.

“Semua perkara ini adalah aa yang saya sudah bincangkan dengan perdana menteri, dan saya berterima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan pusat,” katanya.

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.