Putrajaya terima RM336 juta penyelesaian berkait 1MDB daripada Deloitte

(Gambar AFP)

PETALING JAYA: Kerajaan telah menerima RM336 juta untuk penyelesaian berkaitan 1MDB daripada Deloitte PLT yang didepositkan ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata, sehingga kini, Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara itu menerima dana berjumlah RM16.386 bilion yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

“Jumlah di dalam Akaun Amanah tersebut akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima daripada Kumpulan Ambank dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, katanya, Putrajaya melunaskan RM12.54 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.

“Setakat 31 Mei lalu, baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon/keuntungan/faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka, adalah RM39.66 bilion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC).”

Pada 3 Mac lalu, Kementerian Kewangan dilaporkan berkata, penyelesaian di luar mahkamah dengan Deloitte itu ialah penyelesaian terbesar berkaitan 1MDB oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

BERITA PENUH MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.