Rahm sedia beraksi selepas bebas Covid-19

La Jolla: Sensasi Sepanyol, Jon Rahm berkata dia disahkan bebas Covid-19 selepas dua ujian dilaluinya didapati negatif sekali gus kembali fokus menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Pemain berusia 26 tahun itu didapati positif Covid-19 minggu lalu selepas mendahului enam pukulan pada kejohanan Memorial US PGA.

Rahm terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu dan menjalani tempoh kuarantin sehingga memperoleh keputusan negatif dalam dua ujian yang kemudian diumumkannya di Twitter semalam.

“Selepas dua ujian negatif dalam tempoh 24 jam dan mendapatkan kebenaran daripada pegawai kesihatan, sudah tiba masanya untuk Terbuka AS,” tulis Rahm di Twitter miliknya.

Bersama mesej itu, Rahm memuatnaik animasi ‘Rambo’ yang berkaitan dengan dirinya apabila mendapat gelaran watak wira itu di sepanjang jelajah disertainya.

Ketika Rahm terpaksa menjalani proses pengasingan diri selama beberapa hari, dia masih mempunyai masa menjalani latihan dan bersedia untuk menyertai kejohanan utama kali ketiga yang akan bermula Khamis ini di Torrey Pines dekat San Diego.

Rahm sedang memburu kejuaraan utama selepas berkongsi penamat kelima di Masters, April lalu dan kelapan pada Kejohanan PGA bulan lalu.

Pencapaian terbaiknya di kejuaraan utama adalah berkongsi tempat ketiga pada Terbuka AS 2019.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.