Rakyat bersedia hadapi SPP, esok

[email protected]

Kuala Terengganu: Pengalaman mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu membuatkan rakyat lebih bersedia dan tidak melakukan pembelian panik walaupun sekatan pergerakan penuh (SPP) berkuat kuasa tengah malam ini.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya di daerah ini mendapati keadaan terkawal dan orang ramai dilihat hanya membeli barang keperluan dalam jumlah yang sedikit dan tidak bersesak.

Peniaga Ahmad Zulfikri Embong, 37, berkata dia hanya membeli barang keperluan harian untuk tempoh tiga hari kerana yakin barang keperluan harian mencukupi.

“Bagi saya tidak berlaku pembelian panik sama ada ketika PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Kuala Terengganu ketika ini.

“Sebenarnya pembelian panik tidak sewajarnya berlaku kerana ia akan menyebabkan keadaan sesak sehingga kita gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita sudah ada pengalaman sebelum ini dan memang bekalan sentiasa mencukupi. Apa yang penting kita kena jaga SOP bagi mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan Covid-19 ketika berada di luar,” katanya.

Bagi Azizah Omar, 58, dia mengurangkan pembelian barangan keperluan kedai makannya susulan pelaksanaan PKPD di Kuala Terengganu.

“Biasanya saya akan beli barangan seperti telur dan beras untuk kegunaan tiga minggu, namun kali ini hanya beli barangan untuk keperluan dua minggu sahaja.

“Memang tidak beli banyak sebab bimbang ia rosak kerana jumlah pelanggan juga terhad ketika PKPD ini,” katanya yang mengusahakan perniagaan kedai makan di Batu Buruk.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.