Rakyat Malaysia dari India selamat tiba KLIA

[email protected]

PUTRAJAYA: Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India, selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pagi ini, berkata, misi itu dilaksanakan dengan menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air, membawa pulang seramai 132 individu iaitu seramai 117 orang rakyat Malaysia dan enam orang tanggungan serta seorang pemegang status penduduk tetap Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, misi terbabit turut membantu membawa pulang lapan warga Brunei.

“Semua penumpang, kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terbabit dalam menjayakan misi ini adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka perlu mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 yang disahkan negatif dalam tempoh tidak lebih daripada 72 jam sebelum pelepasan; ketibaan penerbangan repatriasi ini secara berasingan di Unit Kecemasan Udara, juga dikenali sebagai Air Disaster Unit (ADU);

“Pemeriksaan dan tapisan kesihatan yang ketat oleh KKM sewaktu ketibaan,” katanya.

Selain itu, Kementerian Luar berkata, semua mereka perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh

kerajaan dan pemantauan tahap kesihatan secara berterusan dilakukan terhadap semua penumpang termasuk kru dan pegawai barisan hadapan yang terbabit, oleh KKM sehingga tamat tempoh kuarantin.

Katanya, kejayaan misi itu hasil kerjasama erat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), KKM, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Kementerian Luar mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan misi ini.

“Kementerian akan terus memantau situasi pandemik COVID-19 di India dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Pada 6 Mei lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan berkata, kerajaan melalui kerjasama antara Kementerian Luar, NADMA dan KKM akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi rakyat Malaysia termasuk Home Based Staff (HBS) serta tanggungan mereka daripada pelbagai agensi

yang berada di wilayah utara dan barat India.

Ia susulan situasi gelombang kedua penularan pandemik COVID-19 di

India ketika ini berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Hishammuddin turut berkata, misi repatriasi kali ini tidak membabitkan wilayah selatan dan timur India berikutan situasi di wilayah-wilayah berkenaan masih terkawal namun Konsulat Jeneral

Malaysia di Chennai akan terus memantau situasi di wilayah berkenaan dan membuat penilaian berterusan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di sana terus dijaga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.