Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Fg9Uc7.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Fg9Uc7.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

‘Ramai bercerita buruk mengenai vaksin ini, tapi saya tak peduli’

[email protected]

Tumpat: “Ramai bercerita buruk mengenai suntikan ini (vaksin Covid-19), tapi saya tidak peduli, yang penting saya ingin cepat-cepat disuntik,” kata warga emas dari Kampung Kok Pasir, di sini, Abdullah Ahmad.

Abdullah, 80, yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kopeladar Wakaf Bharu di sini, berkata, anak saudaranya mendaftar namanya untuk mendapatkan suntikan vaksin pada bulan lalu.

Menurutnya, disebabkan tidak sabar untuk disuntik, dia beberapa kali meminta anak saudaranya itu membuat semakan pendaftaran untuk mengetahui tarikh vaksinasi.

“Hari ini saya datang dengan semangat berkobar-kobar untuk disuntik kerana yakin suntikan ini sekurang-kurangnya membuatkan berasa lebih bebas tanpa rasa bimbang dijangkiti virus Covid-19, walaupun ia bukan 100 peratus dapat mencegah.

“Walaupun ada memberitahu bermacam kesan sampingan timbul selepas disuntik, saya enggan percaya, sebaliknya menganggap langkah ini sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya yang datang bersama adik perempuan yang berusia 70 tahun dan turut menerima suntikan.

Keterujaan sama dikongsi seorang wanita warga emas, Zainab Osman, 71, dari Kampung Baru, Pasir Pekan, di sini yang tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin sebaik didaftarkan seorang anaknya, minggu lalu.

Rasa teruja bertambah apabila dia dijemput Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Ahli Parlimen Tumpat di rumahnya disebabkan tiada pengangkutan untuk ke PPV Dewan Kopeladar Wakaf Bharu.

Menurutnya, rasa gementar masih lagi terasa, namun bukan disebabkan cemas bakal disuntik, sebaliknya terkejut apabila dijemput pemimpin yang datang dengan memandu sendiri kereta sambil diiringi beberapa kenderaan kementerian.

“Saya tidak takut disuntik kerana sebelum ini pernah bekerja di kedai makan dan sudah biasa menerima suntikan tifoid yang dikenakan dua tahun sekali.

“Saya berasa lega apabila nama berada dalam senarai penerima suntikan vaksin Covid-19 kerana sudah lama inginkannya, tapi disebabkan tinggal berseorangan memandangkan 10 anak semuanya menetap di luar Kelantan, saya bimbang tiada pengangkutan untuk ke PPV.

“Semalam saya menerima panggilan daripada wakil datuk (Che Abdullah) yang memaklumkan akan datang menjemput menyebabkan saya berasa lega, tapi tidak sangka semeriah begini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.