Ramai gagal muncul terima vaksin di Perak, Melaka

[email protected]

IPOH: Lebih 9,000 penduduk di Perak tidak hadir menerima suntikan vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, berkata ia jumlah yang dilaporkan bagi penerimaan vaksin fasa dua dos pertama.

“Setakat hari ini, untuk fasa dua dos pertama seramai sebanyak 9,009 tidak hadir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu di Melaka, seramai 3,612 individu yang sudah dijadual untuk mengambil vaksin bagi dos pertama, gagal hadir pada hari dan waktu yang ditetapkan.

Sementara bagi pengambilan dos kedua pula, seramai 322 individu tidak hadir.

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri, sehingga semalam seramai 15,637 individu sudah ditetapkan janji temu bagi pengambilan dos berkenaan.

“Dilaporkan ketidakhadiran mereka disebabkan pelbagai faktor, namun demikian pihak Jabatan Kesihatan tetap akan menerima mereka selepas tarikh temu janji berikutnya dibuat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.