Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-1M0EeS.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-1M0EeS.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Ramai pesakit Covid-19 mohon pulang

[email protected]

Kota Bharu: Ramai pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) memohon untuk pulang dan menyambung kuarantin di rumah menjelang Aidilfitri.

Kebanyakan mereka yang merayu untuk pulang adalah pesakit yang sudah seminggu menjalani kuarantin di PKRC.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob berkata, sejak seminggu lalu beliau mendapat banyak panggilan sama ada dari pesakit sendiri atau keluarga pesakit yang merayu untuk pulang.

“Mereka menggunakan alasan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO) ketika Aidilfitiri.

“Namun, kita sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan pesakit yang berada di PKRC pulang ke rumah sehingga mereka benar-benar tamat tempoh kuarantin.

“Kita bimbang sekiranya mereka menyambung kuarantin di rumah, mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan dikhuatiri menjangkiti ahli keluarga yang lain,” katanya ketika ditemui selepas melawat PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

PKRC Putik, Pengkalan Chepa mula beroperasi pada 6 Januari kini menempatkan 196 pesakit Covid-19 termasuk kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata,, PKRC kelapan iaitu PKRC Gelanggang Seni akan mula beroperasi Isnin ini.

Katanya, ia berikutan 30 katil perubatan sudah dibawa masuk semalam dan PKRC berkenaan boleh memuatkan 140 pesakit.

“Bagi PKRC Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah, masing-masing sudah beroperasi pada kelmarin dan semalam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Azman berkata, hospital medan memang terdapat dalam perbincangan, namun buat masa ini PKRC yang sedia ada sudah mencukupi.

“Kita akan melihat kepada trend peningkatan kes. Jika sampai ke satu tahap yang memang diperlukan, kita akan teruskan pembukaan hospital medan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.