Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-bg1ztN.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-bg1ztN.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Ramai tertipu dengan sindiket jual beli kenderaan terpakai

[email protected]

Kuala Lumpur: Sebanyak 461 kes penipuan jual beli kenderaan tidak wujud direkodkan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 94.5 peratus daripada 237 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Pada 2019, sebanyak 552 kes penipuan jual beli kenderaan tidak wujud secara dalam talian direkodkan dengan nilai kerugian lebih RM3.2 juta.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 22.8 peratus kepada 678 kes pada tahun lalu membabitkan kerugian hampir RM6 juta.

“Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu pula, sebanyak 461 kes dilaporkan dengan peningkatan 94.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 237 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, modus operandi yang sering digunakan sindiket penipuan bagi kes berkenaan ialah menawarkan harga kenderaan import terpakai yang kononnya dari Singapura, Thailand atau Langkawi.

“Sindiket menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan dengan menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran semasa.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudian diminta memasukkan wang ke dalam akaun milik keldai akaun kononnya bagi pembayaran wang proses, cukai jalan, geran, cukai kastam dan lain-lain.

“Bagaimanapun selepas wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun terbabit, kenderaan yang dijanjikan tidak diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat tinjauan dan semakan harga jualan semasa di pasaran kedai kenderaan terpakai.

“Orang ramai digalakkan menghadirkan diri secara fizikal ke alamat syarikat jualan kereta terpakai untuk meninjau dan melihat kenderaan berkenaan selain berbincang dengan pemilik syarikat atau ejen penjual yang sah.

“Jangan mudah percaya dengan iklan jualan kereta terpakai yang menawarkan harga terlalu murah atau harga ‘istimewa’ atas alasan pengecualian cukai kastam, kereta rampasan pihak berkuasa dan alasan lain daripada pihak yang tidak dapat disahkan kesahihannya,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta sentiasa menyimpan sebarang rekod perbualan dan transaksi pembayaran wang sebagai bukti dan memastikan urusan perjanjian jual beli melalui kaedah diperakui supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

“Buat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon terlebih dulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun bank terbabit pernah terbabit dalam kes penipuan atau tidak,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.