Rangkul 10 trofi

[email protected]

ACARA pengiktirafan muzik paling berprestij, Billboard Music Awards 2021 (BBMAs 2021) yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS), semalam, menjadi detik bermakna buat penyanyi The Weeknd yang pulang dengan 10 trofi keseluruhannya.

Pemilik nama sebenar Abel Makkonen Tesfaye, 31, menang kategori Artis Top, Artis Lelaki Top, Artis Top 100 Top, Artis Lagu Radio Top, Artis R&B Top, Artis R&B Lelaki Top, Album R&B Top, Lagu Top Hot 100 Top Rockstar, Lagu Radio Top, dan Lagu R&B Top.

Ia sekali gus membuktikan dirinya pengkarya muzik yang cukup berkualiti. Justeru, tindakannya lantang mempersoalkan ketelusan Anugerah Grammy sebelum ini adalah wajar.

Ramai tahu sebelum ini The Weeknd menolak corak pengiktirafan daripada Grammy yang dianggap sudah tidak telus serta penuh dengan rasuah.

Menerusi ucapannya sewaktu menerima anugerah, dia mengakui kejayaan itu membawa makna besar buat dirinya apatah lagi dengan dugaan menimpa industri muzik sekarang.

“Saya mahu berterima kasih buat rakan lain yang tercalon. Tahun ini penuh dengan kegelapan, anda bawa sinar dengan muzik yang bijak, dan menakjubkan.

“Anda juga layak untuk menerima anugerah ini sebagaimana saya memenanginya,” katanya sewaktu menerima trofi Artis Hot 100 Top.

Nama The Weeknd semestinya sudah tidak asing lagi yang mana sentiasa menyerlah di acara terbabit. Bahkan, tahun ini saja, dia menerima antara pencalonan terbanyak iaitu 16 kategori.

Album terbarunya, After Hours memuatkan tiga lagu yang berjaya mendapat tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100. Empat albumnya juga pernah menjadi nombor satu dalam carta Billboard 200.

Acara kali ini menampilkan penyanyi Nick Jonas sebagai hos. Penyanyi Pink dianugerahkan Artis Ikon, Drake sebagai Anugerah Sedekaa, dan Trae Tha Truth untuk Anugerah Change Maker.

Paling menarik perhatian semestinya persembahan BTS yang memperdengar lagu baharu mereka berjudul Butter. Kumpulan dari Korea Selatan itu seperti biasa menjadi sohor kini di media sosial.

BTS juga tidak pulang dengan tangan kosong bahkan cukup unggul pulang dengan empat trofi. Ia termasuk Kumpulan/Duo Top, Artis Penjualan Lagu Top, Artis Sosial Top (Undian Peminat), dan Lagu Terlaku Top.

Menerusi ucapan mereka, anggotanya RM berkata pengiktirafan itu benar-benar memberikan angin baharu buat BTS memandangkan memenangi kategori yang begitu signifikan.

“Terima kasih untuk anugerah Artis Penjualan Lagu Top yang bagi kami cukup besar dan luar biasa. Ia satu penghormatan memenangi kategori yang begitu signifikan buat kami.

“Kami mahu berkongsi corak tenaga segar menerusi Dynamite dengan semua. Dengan kemenangan anugerah ini, kami rasa usaha kami berjaya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.