Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Rasuah: Pendakwaan fail rayuan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL

Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh, daripada pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM150,000.

Have you seen this video?

Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat berkata, rayuan itu difailkan pendakwaan selaku perayu di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 13 April lalu.

“Rayuan itu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin pada 8 April lalu, yang melepas dan membebaskan Sabudin (responden) daripada pertuduhan rasuah di akhir kes pendakwaan,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Sabudin yang juga bekas Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa atas pertuduhan secara rasuah menerima bagi dirinya barangan berharga berupa wang tunai RM150,000 daripada pengarah Syarikat Tegap Elit Sdn Bhd Chia Chee Seng.

Ia sebagai dorongan untuk tertuduh melakukan suatu perbuatan di bawah hal ehwal prinsipalnya, iaitu memperakukan sijil bayaran kemajuan tuntutan, yang dikemukakan oleh beberapa syarikat.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana, di sini, antara 13 dan 19 Ogos 2018, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, seramai 10 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version