Rasulullah tegur peniaga muslim – ismaweb

1. FENOMENA penggunaan unsur tidak patuh syariah semakin menjadi-jadi dalam kalangan peniaga muslim. Tindakan menyelitkan elemen yang dicegah oleh syarak ini adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

2. Rasulullah pernah menegur para peniaga yang menggunakan unsur penipuan dan lagha (iaitu perkara yang sia-sia) yang membawa kepada dosa. Sabda Rasulullah:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ، إِنَّ هَذَا الْبَيْعَ يَحْضُرُهُ اللَّغْوُ، وَالْحَلِفُ، فَشُوبُوهُ بِالصَّدَقَةِ

Wahai para peniaga, sesungguhnya proses jualbeli ini (terkadang) disertai dengan unsur lagha (sia-sia dan dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanla ia dengan sedekah.” (HR Ahmad)

3. Sebagai seorang Muslim, kita sudah pasti mengharapkan rezeki yang diberkati yang boleh kita suapkan kepada anak dan zuriat kita. Kita tentu tidak mahu sekiranya punca rezeki mengandungi unsur dosa dan syubhat yang boleh memberikan kesan kepada kehidupan kita.

4. Para sahabat terdahulu sangat bimbang sekiranya punca rezeki mereka diselaputi dengan unsur-unsur syubhah (perkara yang meragukan dan dosa). Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan anak-anaknya. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:

لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة

Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)

5. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan para peniaga agar menjauhi unsur-unsur penipuan apatah lagi menyumbatkan elemen eljibitee atau kemungkaran yang berupaya membina persepsi yang negatif terhadap masyarakat.

6. Penggunaan gambar wanita yang mendedahkan aurat adalah ditegah oleh syarak, apatah lagi dengan penampilan aksi yang menggiurkan. Iklan sebegini jelas bercanggah dengan prinsip yang digariskan oleh al-Quran. Allah mengangkat wanita pada darjatnya yang tertinggi dan bukan sekadar menjadi objek pelaris produk.

7. Peniaga muslim seharusnya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan mereka dan bukan terikut-ikut dengan trend pengiklanan ala barat yang mengeksploitasi wanita sebagai objek menjual barangan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Read More

Sumber Web: Portal Islam dan Melayu

Untuk Lebih Info Islamik di Neotizen News, Klik SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.