Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-ZxNwVv.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-ZxNwVv.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Rayu keputusan mahkamah, pertahan tanah Orang Asli, Peguam Negara diberitahu

Orang Asli membantah aktiviti pembalakan di Gua Musang, Kelantan. (Gambar Bernama) (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Peguam Negara sepatutnya merayu terhadap keputusan mahkamah semalam bahawa kerajaan pusat tidak mempunyai hak undang-undang untuk memulakan tindakan bagi melindungi komuniti Orang Asli di Kelantan, kata seorang bekas menteri.

P Waytha Moorthy mendesak Peguam Negara Idris Harun supaya mengemukakan rayuan terhadap keputusan “membingungkan” itu dengan berkata, kerajaan persekutuan berperanan melindungi dan mempertahankan hak Orang Asli.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Asli pra-kemerdekaan 1954 meletakkan tanggungjawab memastikan kesejahteraan serta kemajuan penduduk Orang Asli di tangan kerajaan persekutuan.

Semalam, Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa Putrajaya tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan berhubung dakwaan pencerobohan di petempatan Orang Asli di Gua Musang selepas meluluskan lesen pembalakan kepada beberapa syarikat swasta.

Dalam kenyataan tuntutannya Putrajaya berkata, tindakan kerajaan negeri melucutkan taraf tanah adat dan sumber milik Orang Asli suku Temiar itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah, pencemaran dan kemusnahan terhadap ekologi dan landskap di Pos Simpor.

Waytha, yang juga presiden Parti Kemajuan Malaysia berkata, kerajaan persekutuan adalah pemegang amanah rakyat dan mempunyai kewajipan untuk campur tangan jika berlaku pencabulan hak rakyatnya, termasuk Orang Asli.

Katanya, penubuhan Jabatan Pembangunan Orang Asli dan dasar yang diterapkan pada tahun 1961 adalah untuk memastikan hak tanah adat mereka diakui, sekali gus menggambarkan peranan penting kerajaan dalam mempertahankan penduduk pribumi.

“Lokus standi kerajaan persekutuan diperkukuhkan lagi dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mewujudkan cadangan tanah rizab untuk Orang Asli.

“Secara khususnya, pengambilan tanah untuk mewujudkan rizab bagi Orang Asli sama maksudnya dengan definisi ‘tujuan persekutuan’, seperti yang terkandung dalam Perkara 160 (2). “

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.