Rentas daerah, negeri bagi vaksinasi Covid-19 tidak perlu surat polis – Khairy

Kuala Lumpur: Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan malam ini berkata, mereka hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika melalui sekatan jalan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

Enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah PKP bermula 6 hingga 17 Mei iaiah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.