Rindu mendalam

Nanjing: Rindu mendalam seorang kanak-kanak menyebabkan dia nekad menziarah kubur ibunya pada waktu malam.

Keadaan itu berlaku selepas kanak-kanak di Jiangsu, China secara senyap-senyap keluar dari rumahnya.

Tindakannya itu tidak diketahui kerana dia keluar ketika ahli keluarga lain sedang tidur.

World of Buzz melaporkan, kanak-kanak itu kemudian menaiki teksi untuk pergi ke kubur ibunya.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengingati lokasi kubur ibunya sehingga menyukarkan pemandu teksi menghantarnya.

Pemandu teksi berkenaan kemudian membuat keputusan untuk bertemu polis peronda bagi mendapatkan bantuan.

Polis kemudian mendekati kanak-kanak terbabit bagi mengetahui kisah sebenarnya.

“Tolong jangan ikut saya,” jawab kanak-kanak itu ketika ditanya.

Kanak-kanak itu tidak memberikan sebarang reaksi ketika disoal polis untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Namun, ketika hampir tiba di balai polis, kanak-kanak itu menjawab dia mahu pergi ke kubur ibunya.

Disebabkan tengah malam, polis menasihati kanak-kanak itu untuk menziarahi kubur ibunya keesokan hari.

Polis kemudian menghubungi ahli keluarga kanak-kanak itu untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Akur dengan nasihat polis, kanak-kanak itu akhirnya dibawa pulang oleh ahli keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.