Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-pVmUQh.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-pVmUQh.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

RM1 bilion tingkatkan kapasiti, kukuhkan kesihatan awam

Kuala Lumpur: Kerajaan menambah peruntukan RM1 bilion diberikan bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan.

Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM 450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan unit rawatan rapi ICU bagi rawatan Covid-19.

“Ia bukan sahaja di hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam seperti di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta melalui hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti di Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta. Jumlah ini termasuk RM200 juta yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 22 Mei baru-baru ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, peruntukan sebanyak RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan Covid-19 pelbagai agensi.

“Antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan Covid-19 termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri.

“Dengan ini juga kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.

“Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 di sini, malam ini.

Berhubung pemberian vaksin, Muhyiddin berkata, menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan.

“Berdasarkan unjuran, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember 2021 dengan negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang menjelang Oktober.

“Saya merayu, supaya rakyat yang telah mendapat tempahan vaksin untuk hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin yang ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya juga mendengar keluhan rakyat, terutamanya warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Oleh itu, saya telah mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi tujuan ini. Saya amat mengalu-alukan kerjasama pihak swasta, NGO dan pertubuhan masyarakat awam untuk turut menggiatkan usaha ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.