Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Kc7Y1I.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Kc7Y1I.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

RM7.66 juta rokok seludup dirampas

[email protected]

MERSING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas rokok seludup berjumlah RM 7.66 juta dalam serbuan di sebuah jeti kawasan Endau, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 51 tahun.

Katanya, bertindak atas maklumat berkaitan penyeludupan kontraband, serbuan dijalankan PPM Wilayah Dua Mersing, PPM Wilayah Dua Tampoi bersama Balai Polis Endau, kira-kira jam 6.30 petang hingga 10 malam.

“Modus operandi adalah terdapat satu kapal besar yang ada di perairan antarabangsa dan bot yang juga bot persiaran pelancongan akan pergi ke situ untuk membuat pemindahan.

“Bot ini adalah bot yang kompartmennya sudah diubah suai. Sebelum COVID-19, ia digunakan untuk pelancongan seperti aktiviti menyelam, dipercayai aktif sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu itu, bot berkenaan diubah suai untuk menyeludup kontraband.

“Rampasan merangkumi dua lori, sebuah bot persiaran, 380 kotak rokok Rand Bold, 523 kotak rokok Vstar, satu unit masing-masing iaitu sistem pengesanan lokasi (GPS) Garmin GPSMAP, radar Furono Fish Finder FCB-627 dan radar Lowrance HDS 7,” katanya pada sidang media di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 9.32 juta dan rokok yang dipercayai dari Vietnam itu bagi pasaran di kawasan pantai timur, selain kumpulan ini adalah rangkaian kecil daripada sindiket yang lebih besar.

Katanya, hasil semakan rekod, seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan kesemuanya direman pada 12 dan 13 Jun, namun disambung reman tiga hari mulai hari ini hingga Rabu ini bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Polis Johor menerusi PPM sentiasa meningkatkan pengoperasian dan memperketatkan pengawalan perairan negara dari dibolosi sindiket penyeludupan yang dilihat sentiasa mengubah taktik bagi mengelakkan dari dikesan pihak berkuasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.