Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Impu3s.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Impu3s.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

RTS perkukuh perniagaan sistem kutipan tol

KUALA LUMPUR: RTS Technology Holdings Bhd (RTS) yang mula disenaraikan di Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia pada 16 sen sesaham akan terus mengembangkan perniagaan dalam industri sistem kutipan tol.

Syarikat itu berkata, permodalan pasaran RTS sebanyak RM19.91 juta selepas disenaraikan sebagai RTSTECH di Pasaran LEAP.

RTS terbabit dalam membekalkan, mereka bentuk, melaksanakan, memasang, menguji, mengoperasikan dan menyelenggara sistem kutipan tol lebuh raya di Malaysia, Filipina dan Myanmar.

Pengarah Urusannya, Lee Tiam, berkata syarikat berhasrat untuk mengembangkan dan mengukuhkan kedudukan pasaran di Malaysia, Myanmar dan Filipina melalui usaha penyelidikan dan pembangunan yang berterusan mengenai inovasi produk serta penyelesaian baharu.

“Ini termasuk e-dompet di Filipina, timbang dalam gerakan dan pembayaran tol kad bank di Myanmar serta kerja-kerja integrasi Pengecaman Plat Nombor Automatik di Malaysia, Myanmar dan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut keputusan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, keuntungan selepas cukai kumpulan itu naik 146.4 peratus tahun ke tahun kepada RM2.52 juta.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.