Ruud jaguh Terbuka Geneva

Geneva: Casper Ruud menang Terbuka Geneva ATP selepas mengatasi Denis Shapovalov 7-6 (8/6), 6-4 pada aksi final pagi ini.

Pemain dari Norway yang juga pilihan ketiga melengkapkan persediaan terbaik aksi gelanggang tanah liat menjelang Terbuka Perancis dengan kemenangan yang menjadikannya salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian di Roland-Garros apabila Grand Slam itu bermula 30 Mei ini.

“Saya beraksi agak baik musim ini di gelanggang tanah liat dan saya tidak sabar beraksi di Paris,” kata Ruud selepas perlawanan itu.

“Jika saya berada di minggu kedua, saya sangat gembira.”

Ia adalah gelaran kedua dalam karier Ruud, selepas pemain berusia 22 tahun itu memenangi kejuaraan di Buenos Aires tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.