Safiq mungkin kembali ke Melaka

[email protected]

Kuala Lumpur: Jika tiada aral melintang, bekas perancang tengah Melaka United, Safiq Rahim akan berpatah balik menyertai skuad Hang Tuah bagi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain berusia 33 tahun yang juga bekas kapten Harimau Malaya itu dikatakan berada dalam senarai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan dipinjamkan ke pasukan lain.

Malah, spekulasi berkenaan dilhat hampir pasti apabila Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Saiful Mat Sapri dilaporkan berkata, perbincangan mengenai beberapa pemain sedang berjalan dan bakal dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu ini.

“Masih dalam rundingan. Apa yang saya boleh kongsikan pemain itu beraksi di bahagian tengah.

“Selepas segalanya selesai kami akan membuat sidang akhbar mengenai perkara ini termasuklah dua pemain import baharu dari Brazil,” katanya.

Selain Safiq, pemain yang baru diikat JDT, Guilherme de Paula dan Ahmad Hazwan Bakri turut dikatakan berada dalam senarai yang akan dipinjamkan Harimau Selatan.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan menyatakan mereka akan meminjamkan pemain Harimau Selatan ke beberapa kelab dalam saingan Liga Super.

Menurut kenyataan itu, empat kelab dalam saingan Liga Super yang akan menjadi destinasi pemain mereka adalah Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.