Sah penduduk Kampung Pauh Lima langgar SOP

[email protected]

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan penduduk di Kampung Pauh Lima melanggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 1 Jun depan.

Penduduk di kampung berkenaan melanggar SOP dengan melaksanakan solat Tarawih dan fardu membabitkan 20 hingga 40 jemaah tanpa penjarakan sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, siasatan pihaknya turut mendapati surau milik persendirian berkenaan tidak dilengkapi mesin pengimbas suhu dan tiada rekod jemaah.

“Kita kena faham virus ini boleh merebak disebabkan tiada penjarakan fizikal ketika aktiviti berkumpulan dilakukan terutama di kawasan yang terhad.

“Apa yang disarankan oleh kerajaan supaya patuh SOP bukan perkara main-main kerana ia berkait dengan jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Sementara itu, Shafien berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan berkaitan pelanggaran SOP di surau berkenaan.

“Setakat ini kita hanya mendengar laporan di media sosial dan tiada gambar yang membuktikan pelanggaran SOP di surau berkenaan.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kita mendapat maklumat ada individu yang dijangka membuat laporan polis berhubung pelanggaran SOP berkenaan petang ini. Sebaik menerima laporan, kita akan menyiasat perkara itu,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan, aktiviti surau di Kampung Pauh Lima dengan puluhan jemaah sanggup solat dalam gelap demi mengelak perbuatan mereka dikesan pihak berkuasa, dikatakan antara punca tercetus kluster di kawasan berkenaan.

Malah, penduduk yang hadir ke surau berkenaan juga dikatakan sanggup menyorok selipar supaya kehadiran mereka secara beramai-ramai tidak dapat dikesan.

Walaupun arahan sudah dikeluarkan dengan surau tidak dibenarkan mengadakan solat fardu melainkan hanya empat jemaah sahaja yang dibenarkan, namun penduduk di kawasan berkenaan tidak mengendahkan arahan terbabit.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.