Sahabat-sahabat tengah buat apa? Saya dengan pasukan tengah menguruskan daging korban tajaan Pejabat Ahli Dewan Negara d…

Sahabat-sahabat tengah buat apa? Saya dengan pasukan tengah menguruskan daging korban tajaan Pejabat Ahli Dewan Negara dan Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah USIM untuk jamuan dan agihan esok sempena Program Korban Perdana USIM 2022/1443.

Turut bersama-sama saya membantu menyembelih lembu-lembu korban adalah Pak Mus, ‘Master Butcher’ Malaysia dan pemilik KARS Fine Meat & Steak. Moga Allah SWT berkati perniagaan dan perjuangan beliau.

Ada yang bertanya kepada saya, bolehkah daging korban dimasak semuanya dan diagihkan kepada fakir miskin?

Imam al-Khatib al-Syarbini menyatakan dalam Mughni al-Muhtaj: “Pendapat yang paling sahih adalah wajib untuk memberi sedekah sebahagian daripadanya walaupun pada kadar yang sedikit sekira-kira boleh dinamakannya sebagai sedekah, kepada golongan fakir miskin.”

Justeru, wajib disedekahkan daging mentah walau sedikit supaya ia dapat dimanfaatkan oleh penerima hatta untuk dijualnya sebagaimana disebutkan dalam Hasyiyah al-Bajuri. Manakala selebihnya boleh dimasak dan diagihkan kepada sesiapa yang dikehendaki termasuk fakir miskin.

Read More

Sumber Instagram: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzulkifli.albakri)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.