Salah guna surat rentas negeri punca pemandu teksi dikompaun

[email protected]

Tampin: Seorang pemandu teksi dikompaun RM5,000 kerana menyalahguna surat kebenaran rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Air Kuning Selatan di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, teksi berkenaan yang datang dari arah Nyalas, Melaka ditahan pada 8.20 malam dan pemandu berkenaan memaklumkan ingin menghantar barang kering ke sebuah estet di Air Kuning Selatan, dekat sini.

“Pemeriksaan dokumen mendapati dia membawa surat kebenaran beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk perkhidmatan teksi dan e-hailing.

“Namun, pemeriksaan mendapati tiada penumpang di dalam kenderaan itu menyebabkan dia dikompaun.

“Alasan pemandu untuk menghantar barang kering adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 kerana menyalahguna surat kebenaran dari MOT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuwal berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.